Monday, 22 February 2016

BismillahirRahmanirRahim

BismillahirRahmanirRahim


Sudah menjadi Sunnatullah,Tuhan menciptakan  manusia dari pelbagai rupa bangsa, warna kulit dan taraf hidup. Ada yang kaya ada yang miskin, ada yang pandai ada yang kurang pandai, ada golongan atasan ada golongan bawahan. Maha suci Tuhan daripada tidak berlaku adil terhadap ciptaanNya. Malah itulah tanda kekuasaan dan keadilanNya, agar manusia dapat hidup dalam keadaan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Yang kaya, maju, kuat dan sebagainya membantu dengan penuh kasih sayang terhadap mereka yang miskin, mundur dan lemah sehingga lahirlah kehidupan manusia yang harmoni, aman damai, berkasih sayang dan mendapat rahmat dari Tuhan.

Dalam usaha untuk membantu masyarakat,perkara yang perlu kita fokus dan ambil perhatian  ialah soal keperluan dan kebajikan hidup serta pendidikan sebahagian anggota masyarakat yang kurang berkemampuan. Kekurangan dalam perkara ini boleh menyebabkan pelbagai kepincangan berlaku dalam kehidupan mereka dan akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kehidupan masyarakat sejagat.

Maka di atas tuntutan dan tanggungjawab inilah ,Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) ditubuhkan. Ianya adalah sebagai pusat pelindungan, pendidikan dan kebajikan kepada golongan tersebut terutama golongan asnaf zakat  dan juga anak-anak yatim serta golongan yang perlukan pembelaan.

No comments:

Post a Comment