Monday, 22 February 2016

Pengenalan

Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) adalah pusat jagaan atau rumah amal yang menaungi anak yatim, fakir miskin, muallaf dan asnaf zakat yang telah ditubuhkan pada awal tahun 2008.

 

Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) kini bermula bernaung di bawah Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM), No.Pendaftaran, 4700/90 Selangor.
 RAKS kini sedang mengendalikan 3 buah penempatan (asrama) yang disewa secara bulanan bagi menempatkan lebih 88 orang anak-anak di peringkat sekolah rendah lelaki dan perempuan, menengah perempuan serta pra sekolah yang tinggal sepenuh masa di asrama. Manakala hampir 30 orang anak yang mendapat bantuan RAKS adalah mereka yang masih tinggal bersama keluarga menjadikan jumlah keseluruhan ialah hampir 120 orang anak di bawah naungan RAKS.

 

RAKS ditubuhkan bukanlah atas matlamat komersial tetapi merupakan wadah kebajikan yang menjadi milik bersama masyarakat di mana setiap anggota masyarakat yang terdiri dari pemimpin, golongan professional, golongan korporat, golongan teknorat, alim ulama, dan seluruh anggota masyarakat diajak bersama membahu dan rasa bersama serta bertanggungjawab dalam memastikan objektifnya tercapai.

No comments:

Post a Comment