Rumah Anak Kesayangan Sabah
Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) merupakan Pusat Jagaan atau Rumah Amal yang menaungi anak yatim, fakir miskin, muallaf dan asnaf zakat dan terletak di Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Ia merupakan pusat jagaan yang mengutamakan pendidikan anak-anak yang berusia di antara umur 4 tahun hingga 20 tahun. Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) kini bernaung di bawah Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM), No.Pendaftaran, 4700/90 Selangor.
Monday, 16 May 2016
Thursday, 31 March 2016
JUALAN MAKAN MALAM AMAL RAKS
Assalamualaikum dan Selamat Petang ..
Pada tarikh 13 Mei 2016, Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) bercadang untuk mengadakan majlis makan malam amal dan program jual meja bagi mendapatkan dana keperluan RAKS dan anak-anak di bawah naungan terutamanya untuk persiapan menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini. Jika ada yang berbesar hati dan ingin memberikan sumbangan dari segi kewangan atau apa saja, dan jika ada sebarang pertanyaan berhubung dengan majlis tersebut bolehlah menghubungi -:
- Puan Sharifah Norshitah Syed Alwi - 01125313199
- Puan Musfirah Simoh - 0142827087
- Puan Aini Amin - 0138830903
''GEMBIRAKANLAH HAMBA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA''
Thursday, 3 March 2016
BANTUAN YANG DIPERLUKAN
Memandangkan kos pengurusan dan pengendalian rumah amal ini semakin
meningkat dari masa ke semasa, amatlah diharapkan sumbangan bagi keperluan-
keperluan berikut untuk menjayakan cita-cita Rumah Anak Kesayangan ini ...
1. Kenderaan seperti van / coaster / MPV / bas untuk pengangkutan ke sekolah
rendah berdekatan selain untuk digunakan bagi memenuhi jemputan di
merata tempat ...
2. Barangan elektrik seperti kipas angin, peti sejuk,mesn basuh, dapur,periuk elektrik besar, pemanas
air, seterika, penghawa dingin, televisyen, pemain vcd,projektor,PA sistem dll.
3. Kelengkapan ibadah seperti Al-Quran,Muqaddam, sejadah dan kain putih panjang,
3. Kelengkapan ibadah seperti Al-Quran,Muqaddam, sejadah dan kain putih panjang,
songkok/kopiah, kain pelikat, telekung, kain sembahyang, rehal, buku Iqra' dll .,..
4. Peralatan dapur , dan menghidang seperti periuk, belanga, sudu,
garpu, senduk, pinggan, mangkuk, talam, gelas, cawan, jag, dll ...
5. Bahan bacaan untuk perpustakaan dan pusat sumber serta peralatan teknologi
untuk pembelajaran seperti set komputer, multimedia dan cd atau vcd
berbentuk pendidikan dan transformasi termasuk buku-buku, poster-poster
serta bahan bacaan yang berkualiti dan berfaedah ...
6. Pakaian biasa dan pakaian sekolah serta peralatan persekolahan seperti baju,
seluar, tudung, baju kurung, kasut, stokin, kapur, buku tulis, alat tulis, beg
sekolah dll ...
7. Kelengkapan bersih / kemas diri seperti sabun mandi, sabun basuh kain, berus gigi,
ubat gigi, syampu, tuala mandi ...
8. Kelengkapan tidur seperti toto, tilam, cadar, bantal, sarung bantal, selimut,
ubat nyamuk ...
9. Bahan makanan asas (keperluan harian dapur) bahan mentah basah dan
kering seperti beras, gula, susu, minyak masak, tepung, ikan, daging, ayam,
seafood, sayur, dll ...
10. Latihan keusahawan dan kemahiran, alatan yang perlu seperti gerai dan
khemah, mesin popcorn, waffle, burger, pau dll . Mesin jahit, mesin dan alatan
bakeri, alatan media dan audio/video (latihan perfileman), alatan muzik
(percussion) dan pakaian (kostum) untuk persembahan kebudayaan islam ...
''NIKMAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN''
Sunday, 28 February 2016
KEPERLUAN ASAS RAKS
ANGGARAN KOS PERSIAPAN PERSEKOLAHAN
Anggaran : RM 200 X 50 orang , RM 10,000.00
Kasut sekolah, pakaian seragam sekolah, buku-buku latihan & alat tulis,
beg, yuran sekolah, buku kerja tambahan, pakaian seragam kokurikulum,
dan lain-lain keperluan semasa khususnya di awal-awal sesi persekolahan ......
KEPERLUAN PERBELANJAAN BULANAN RUMAH ANAK KESAYANGAN SABAH
Keperluan seharian selama sebulan
1. SEWA RUMAH (ASRAMA) - 3 UNIT RM 4,500.00
2. BIL AIR & LETRIK RM 1,500.00
3. MAKAN MINUM , 88 X RM8 X 30 HARI RM 21,120.00
4. KEPERLUAN DIRI & KESIHATAN RM 1.500.00
5. PENGANGKUTAN RM 3000.00
6. SAGUHATI PETUGAS (RM450 X 9) RM 4050.00
7. PENGURUSAN, KECERIAAN, MAINTENANCE RM 2,500.00
8. TALIPON DAN KOS PENTADBIRAN RM1300.00
9. LAIN-LAIN KOS /KECEMASAN RM 1000.00
JUMLAH RM 40470.00
PENGURUSAN SUMBANGAN
Sila salurkan sumbangan anda ke akaun berikut -:
Nama Akaun : ANAK KESAYANGAN
No. Akaun : 560214053980
Bank : MAYBANK
Semoga setiap sen yang disumbang mendapat nilaan besar di sisi ALLAH.
''NIKMAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN''
Saturday, 27 February 2016
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN
1. Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada anak-anak yatim, fakir
miskin dan asnaf zakat yang lain serta mereka yang memerlukan bantuan
tidak kira di mana jua mereka berada .
2. Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan berupa makanan asas,
pakaian serta lain lain barangan kepada mereka yang memerlukan .
3. Berusaha mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak
yatim dan miskin yang menghadapi penyakit kronik dan memerlukan kos
rawatan yang tinggi .
4. Mengadakan kelas-kelas fardhu ain, pengajian agama, khidmat nasihat
kaunseling dan motivasi kepada anak-anak, remaja dan ibu bapa .
5. Menganjurkan latihan kemahiran mengikut minat dan bakat kepada anak-
anak di bidang ekonomi, media dan IT, kebudayaan dan pendidikan supaya
mereka boleh berdikari .
6. Mengadakan persembahan kebudayaan bercorak islamik di majlis-majlis rasmi
dan tidak rasmi sebagai latihan untuk berhadapan dengan masyarakat dan
menjadi penghibur yang di redhai Tuhan .
7. Menganjurkan aktiviti riadah untuk memberi mereka peluang berhibur dan
berekreasi, ceria dan gembira di samping tidak mengabaikan program
pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka semasa aktiviti
sedemikian dijalankan .
''NIKMAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN''
OBJEKTIF
1. Memberikan pendidikan yang menjadikan Tuhan sebagai
matlamat hidup dan Rasulullah sebagai contoh kehidupan.
2. Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan lahiriah dan
rohaniah yang tidak terjejas dengan arus globalisasi yang semakin mencabar.
3. Membela anak-anak yatim, fakir miskin serta lain-lain asnaf zakat agar
mereka mendapat kembali perhatian dan kasih sayang yang telah
hilang melalui seorang penjaga/pendidik yang bertugas 24 jam
dan hidup bersama seperti satu keluarga.
4. Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik
serta bermanfaat kepada diri mereka sendiri, keluarga, agama,
bangsa dan tanah air serta berpeluang mencapai taraf hidup yang
sempurna.
5. Mendidik golongan ini menjadi insan yang soleh dan solehah serta
menjadikan keredhaan Tuhan sebagai matlamat hidup mereka.
Sangat takut dan cinta kepada Tuhan hingga terbentuklah satu
masyarakat yang aman damai,harmoni,indah,berkasih sayang dan selamat.
"NIKMAT UNTUK DIAGIH-AGIHKAN"
Friday, 26 February 2016
SAJAK : ERTI YATIM YANG HAKIKI
Bismillahirrahmanirrahim ....
Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu
Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu
Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan
Itu sudah takdir dari Tuhan yang Esa
Tidak ada sesiapa yang mahu
Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana ia adalah perintah Allah yang Esa
Sesiapa yang tidak melakukannya adalah berdosa
Tidak ada ayah dan ibu kalau susah hanya di dunia
Tetapi kebanyakan orang tidak suka jika tidak suka jika tidak ada ayah dan ibu
Kerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja
Sedangkan kalau tidak ada iman dan ilmu
Tuhan murka, masuk neraka... lagi bahaya
Sayangnya yang bahaya dianggap tidak bahaya
Tidak ada ayah dan ibu semua orang dukacita
Tetapi tidak ada iman dan ilmu, kurang yang berdukacita
Itulah akibatnya jika hanya dunia dikenali
Akhirat tidak dikenali bahkan dilupa-lupakan
Padahal akhirat itulah destinasi yang terakhir sekali
Dunia hanya sementara
Oleh itu janganlah takut tidak ada ayah dan ibu
Ianya bukan yatim piatu yang hakiki
Tetapi takutlah jika tidak ada iman dan ilmu
Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki
Diakhirat nanti, amat malang sekali....
"Nikmat Untuk Diagih-agihkan"
Subscribe to:
Comments (Atom)
