Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) merupakan Pusat Jagaan atau Rumah Amal yang menaungi anak yatim, fakir miskin, muallaf dan asnaf zakat dan terletak di Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Ia merupakan pusat jagaan yang mengutamakan pendidikan anak-anak yang berusia di antara umur 4 tahun hingga 20 tahun. Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) kini bernaung di bawah Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM), No.Pendaftaran, 4700/90 Selangor.
Sunday, 28 February 2016
KEPERLUAN ASAS RAKS
ANGGARAN KOS PERSIAPAN PERSEKOLAHAN
Anggaran : RM 200 X 50 orang , RM 10,000.00
Kasut sekolah, pakaian seragam sekolah, buku-buku latihan & alat tulis,
beg, yuran sekolah, buku kerja tambahan, pakaian seragam kokurikulum,
dan lain-lain keperluan semasa khususnya di awal-awal sesi persekolahan ......
KEPERLUAN PERBELANJAAN BULANAN RUMAH ANAK KESAYANGAN SABAH
Keperluan seharian selama sebulan
1. SEWA RUMAH (ASRAMA) - 3 UNIT RM 4,500.00
2. BIL AIR & LETRIK RM 1,500.00
3. MAKAN MINUM , 88 X RM8 X 30 HARI RM 21,120.00
4. KEPERLUAN DIRI & KESIHATAN RM 1.500.00
5. PENGANGKUTAN RM 3000.00
6. SAGUHATI PETUGAS (RM450 X 9) RM 4050.00
7. PENGURUSAN, KECERIAAN, MAINTENANCE RM 2,500.00
8. TALIPON DAN KOS PENTADBIRAN RM1300.00
9. LAIN-LAIN KOS /KECEMASAN RM 1000.00
JUMLAH RM 40470.00
PENGURUSAN SUMBANGAN
Sila salurkan sumbangan anda ke akaun berikut -:
Nama Akaun : ANAK KESAYANGAN
No. Akaun : 560214053980
Bank : MAYBANK
Semoga setiap sen yang disumbang mendapat nilaan besar di sisi ALLAH.
''NIKMAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN''
Saturday, 27 February 2016
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN
1. Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada anak-anak yatim, fakir
miskin dan asnaf zakat yang lain serta mereka yang memerlukan bantuan
tidak kira di mana jua mereka berada .
2. Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan berupa makanan asas,
pakaian serta lain lain barangan kepada mereka yang memerlukan .
3. Berusaha mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak
yatim dan miskin yang menghadapi penyakit kronik dan memerlukan kos
rawatan yang tinggi .
4. Mengadakan kelas-kelas fardhu ain, pengajian agama, khidmat nasihat
kaunseling dan motivasi kepada anak-anak, remaja dan ibu bapa .
5. Menganjurkan latihan kemahiran mengikut minat dan bakat kepada anak-
anak di bidang ekonomi, media dan IT, kebudayaan dan pendidikan supaya
mereka boleh berdikari .
6. Mengadakan persembahan kebudayaan bercorak islamik di majlis-majlis rasmi
dan tidak rasmi sebagai latihan untuk berhadapan dengan masyarakat dan
menjadi penghibur yang di redhai Tuhan .
7. Menganjurkan aktiviti riadah untuk memberi mereka peluang berhibur dan
berekreasi, ceria dan gembira di samping tidak mengabaikan program
pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka semasa aktiviti
sedemikian dijalankan .
''NIKMAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN''
OBJEKTIF
1. Memberikan pendidikan yang menjadikan Tuhan sebagai
matlamat hidup dan Rasulullah sebagai contoh kehidupan.
2. Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan lahiriah dan
rohaniah yang tidak terjejas dengan arus globalisasi yang semakin mencabar.
3. Membela anak-anak yatim, fakir miskin serta lain-lain asnaf zakat agar
mereka mendapat kembali perhatian dan kasih sayang yang telah
hilang melalui seorang penjaga/pendidik yang bertugas 24 jam
dan hidup bersama seperti satu keluarga.
4. Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik
serta bermanfaat kepada diri mereka sendiri, keluarga, agama,
bangsa dan tanah air serta berpeluang mencapai taraf hidup yang
sempurna.
5. Mendidik golongan ini menjadi insan yang soleh dan solehah serta
menjadikan keredhaan Tuhan sebagai matlamat hidup mereka.
Sangat takut dan cinta kepada Tuhan hingga terbentuklah satu
masyarakat yang aman damai,harmoni,indah,berkasih sayang dan selamat.
"NIKMAT UNTUK DIAGIH-AGIHKAN"
Friday, 26 February 2016
SAJAK : ERTI YATIM YANG HAKIKI
Bismillahirrahmanirrahim ....
Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu
Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu
Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan
Itu sudah takdir dari Tuhan yang Esa
Tidak ada sesiapa yang mahu
Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana ia adalah perintah Allah yang Esa
Sesiapa yang tidak melakukannya adalah berdosa
Tidak ada ayah dan ibu kalau susah hanya di dunia
Tetapi kebanyakan orang tidak suka jika tidak suka jika tidak ada ayah dan ibu
Kerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja
Sedangkan kalau tidak ada iman dan ilmu
Tuhan murka, masuk neraka... lagi bahaya
Sayangnya yang bahaya dianggap tidak bahaya
Tidak ada ayah dan ibu semua orang dukacita
Tetapi tidak ada iman dan ilmu, kurang yang berdukacita
Itulah akibatnya jika hanya dunia dikenali
Akhirat tidak dikenali bahkan dilupa-lupakan
Padahal akhirat itulah destinasi yang terakhir sekali
Dunia hanya sementara
Oleh itu janganlah takut tidak ada ayah dan ibu
Ianya bukan yatim piatu yang hakiki
Tetapi takutlah jika tidak ada iman dan ilmu
Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki
Diakhirat nanti, amat malang sekali....
"Nikmat Untuk Diagih-agihkan"
Monday, 22 February 2016
Pengenalan
Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) adalah pusat jagaan atau rumah amal yang menaungi anak yatim, fakir miskin, muallaf dan asnaf zakat yang telah ditubuhkan pada awal tahun 2008.
Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) kini bermula bernaung di bawah Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM), No.Pendaftaran, 4700/90 Selangor.
RAKS kini sedang mengendalikan 3 buah penempatan (asrama) yang disewa secara bulanan bagi menempatkan lebih 88 orang anak-anak di peringkat sekolah rendah lelaki dan perempuan, menengah perempuan serta pra sekolah yang tinggal sepenuh masa di asrama. Manakala hampir 30 orang anak yang mendapat bantuan RAKS adalah mereka yang masih tinggal bersama keluarga menjadikan jumlah keseluruhan ialah hampir 120 orang anak di bawah naungan RAKS.
RAKS ditubuhkan bukanlah atas matlamat komersial tetapi merupakan wadah kebajikan yang menjadi milik bersama masyarakat di mana setiap anggota masyarakat yang terdiri dari pemimpin, golongan professional, golongan korporat, golongan teknorat, alim ulama, dan seluruh anggota masyarakat diajak bersama membahu dan rasa bersama serta bertanggungjawab dalam memastikan objektifnya tercapai.
BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Sudah menjadi Sunnatullah,Tuhan menciptakan manusia dari pelbagai rupa bangsa, warna kulit dan taraf hidup. Ada yang kaya ada yang miskin, ada yang pandai ada yang kurang pandai, ada golongan atasan ada golongan bawahan. Maha suci Tuhan daripada tidak berlaku adil terhadap ciptaanNya. Malah itulah tanda kekuasaan dan keadilanNya, agar manusia dapat hidup dalam keadaan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Yang kaya, maju, kuat dan sebagainya membantu dengan penuh kasih sayang terhadap mereka yang miskin, mundur dan lemah sehingga lahirlah kehidupan manusia yang harmoni, aman damai, berkasih sayang dan mendapat rahmat dari Tuhan.
Dalam usaha untuk membantu masyarakat,perkara yang perlu kita fokus dan ambil perhatian ialah soal keperluan dan kebajikan hidup serta pendidikan sebahagian anggota masyarakat yang kurang berkemampuan. Kekurangan dalam perkara ini boleh menyebabkan pelbagai kepincangan berlaku dalam kehidupan mereka dan akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kehidupan masyarakat sejagat.
Maka di atas tuntutan dan tanggungjawab inilah ,Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) ditubuhkan. Ianya adalah sebagai pusat pelindungan, pendidikan dan kebajikan kepada golongan tersebut terutama golongan asnaf zakat dan juga anak-anak yatim serta golongan yang perlukan pembelaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)