Thursday, 31 March 2016

JUALAN MAKAN MALAM AMAL RAKS

Assalamualaikum dan Selamat Petang ..


   
Pada tarikh 13 Mei 2016, Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) bercadang untuk mengadakan majlis makan malam amal dan program jual meja bagi mendapatkan dana keperluan RAKS dan anak-anak di bawah naungan terutamanya untuk persiapan menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini. Jika ada yang berbesar hati dan ingin memberikan sumbangan dari segi kewangan atau apa saja, dan jika ada sebarang pertanyaan berhubung dengan majlis tersebut bolehlah menghubungi -:

- Puan Sharifah Norshitah Syed Alwi - 01125313199
- Puan Musfirah Simoh - 0142827087
- Puan Aini Amin - 0138830903



''GEMBIRAKANLAH HAMBA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA''

Thursday, 3 March 2016

BANTUAN YANG DIPERLUKAN


Memandangkan kos pengurusan dan pengendalian rumah amal ini semakin
meningkat dari masa ke semasa, amatlah diharapkan sumbangan bagi keperluan-
keperluan berikut untuk menjayakan cita-cita Rumah Anak Kesayangan ini ...

 1. Kenderaan seperti van / coaster / MPV / bas untuk pengangkutan ke sekolah 
     rendah berdekatan selain untuk digunakan bagi memenuhi jemputan di
     merata tempat ...

 2. Barangan elektrik seperti kipas angin, peti sejuk,mesn basuh, dapur,periuk elektrik besar, pemanas
     air, seterika, penghawa dingin, televisyen, pemain vcd,projektor,PA sistem dll.

3. Kelengkapan ibadah seperti Al-Quran,Muqaddam, sejadah dan kain putih panjang,
     songkok/kopiah, kain pelikat, telekung, kain sembahyang, rehal, buku Iqra' dll .,..

 4. Peralatan dapur , dan menghidang seperti periuk, belanga, sudu,
     garpu, senduk, pinggan, mangkuk, talam, gelas, cawan, jag, dll ...

 5. Bahan bacaan untuk perpustakaan dan pusat sumber serta peralatan teknologi
     untuk pembelajaran seperti set komputer, multimedia dan cd atau vcd
     berbentuk pendidikan dan transformasi termasuk buku-buku, poster-poster
     serta bahan bacaan yang berkualiti dan berfaedah ...

 6. Pakaian biasa dan pakaian sekolah serta peralatan persekolahan seperti baju,
     seluar, tudung, baju kurung, kasut, stokin, kapur, buku tulis, alat tulis, beg
     sekolah dll ...

 7. Kelengkapan bersih / kemas diri seperti sabun mandi, sabun basuh kain, berus gigi,
     ubat gigi, syampu, tuala mandi ...

 8. Kelengkapan tidur seperti toto, tilam, cadar, bantal, sarung bantal, selimut,
     ubat nyamuk ...

 9. Bahan makanan asas (keperluan harian dapur) bahan mentah basah dan
     kering seperti beras, gula, susu, minyak masak, tepung, ikan, daging, ayam,
     seafood, sayur, dll ...

10. Latihan keusahawan dan kemahiran, alatan yang perlu seperti gerai dan 
      khemah, mesin popcorn, waffle, burger, pau dll . Mesin jahit, mesin dan alatan
      bakeri, alatan media dan audio/video (latihan perfileman), alatan muzik
      (percussion) dan pakaian (kostum) untuk persembahan kebudayaan islam ...


                                          ''NIKMAT UNTUK DI AGIH-AGIHKAN''